Showing posts with label Mentor Mentee. Show all posts
Showing posts with label Mentor Mentee. Show all posts

Saturday, July 2, 2016

Iftar@Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tinggal beberapa hari lagi..in sha Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah..kelmarin saya berkesempatan berbuka puasa bersama-sama mentee di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Walaupun baru kenal..namun bila dapat iftar bersama terasa ukhuwah yang dijalin makin mesra. Turut menyertai iftar 2 orang pelajar non-Muslim.

Menu utama ialah nasi Mendy ayam dan kambing disamping juadah lain. Mungkin ini pengalaman pertama bagi beberapa orang pelajar yang tidak pernah tinggal di asrama atau berjauhan drp ibu bapa.

Suatu kenangan baru yang tidak dapat dilupakan.

Thursday, June 5, 2014

Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Sesi 2013/2014.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada pelajar-pelajar Matrikulasi sesi 2013/2014 yang ingin menyemak keputusan PSPM anda sila buka pautan di bawah.


 SILA KLIK!

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan dengan cemerlang, especially to my mentee dan anak didik semua. Seronoknya bila diketahui beberapa orang pelajar saya dapat 4 flat. Kepada anak didik yang kurang berjaya, mungkin juga ada hikmahnya. Muhasabahlah diri, perbaiki kesilapan dan jangan diulang sikap dan tabiat yang sama ketika berada di universiti nanti. 

Tuesday, May 29, 2012

Sesi Mentor Mentee.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernahkah anda mengikuti program Mentor Mentee? 

Mentor Mentee ialah sesi interaksi antara pendidik(mentor) dengan pelajar(mentee). Ia biasanya dibuat secara berkumpulan. Kat TV pun ada rancangan MENTOR. Tapi menteenya dikenali sebagai protege.

Dari kiri: Zeth, Alex, Zaidi, Faiz, Azzim, Din, Afiq, Nazhiim, Asmah dan Asyikin.

Semalam, saya mendapat 10 orang mentee. Seorang dari Sabah, seorang dari Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung. Hari ini sesi Mentor Mentee akan bersambung lagi..
Related Posts with Thumbnails