Showing posts with label KMPP. Show all posts
Showing posts with label KMPP. Show all posts

Wednesday, November 24, 2021

Selamat Datang Ke KMPP

Selamat datang kepada pelajar-pelajar SDS yang masuk ke KMPP pada minggu ini. 
Selamat bersua di sini setelah 16 minggu belajar secara online di rumah.
Bersedialah untuk peperiksaan yg akan berlangsung tidak lama lagi.

Semoga KMPP terus cemerlang dan gemilang.

Monday, December 31, 2018

MEMORI 2018

KEPALA BATAS,  21 Dis 2018 - Annur Committee (ANC) dengan kerjasama Pusat Islam Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) telah menganjurkan program Minggu Evolusi Minda Optimis Remaja Islam(MEMORI) bermula daripada 8 hingga 16 Disember 2018. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan adab-adab yang baik dalam kalangan pelajar secara khususnya dan seluruh warga kolej umumnya di samping membina biah solehah di bumi KMPP. 'Cribado Modales' digunakan sebagai tema MEMORI kali ini.

Program MEMORI 2018 diketuai oleh saudara Mahdil Amin sebagai Pengarah Projek dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang amat bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Selain itu, pensyarah-pensyarah daripada Pusat Islam KMPP bertindak sebagai fasilitator. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program seperti permainan, ekspo, pameran, Ambang MEMORI bersama Fitri Haris, Ikon Remaja Islam, Forum Perdana, RI Special dan sebagainya. Majlis pembukaan MEMORI telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tn Haji Rozaini Bin Ahmad. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga kolej sepanjang aktiviti berlangsung. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

*Artikel ini turut disiarkan di laman web rasmi kmpp.

Tuesday, February 21, 2017

Kayuhan Santai KMPP~Kuala Muda~KMPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat bersua kembali..
Alhamdulillah pd hari Ahad yg lalu saya bersama rakan-rakan pensyarah dan Pengarah KMPP, Tn Hj Abdul Manaf Musa berjaya menamatkan kayuhan santai dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) ke Kg Kuala Muda dan kembali ke KMPP.
Jarak kayuhan seperti yg dicatat pd odometer ialah 42.93km. Ia merupakan jarak terjauh yg pernah saya lalui.

Kami bertolak pd pukul 7.45pg melalui pekan Penaga seterusnya ke Bakar Kapor dan singgah di Kota Kuala Muda utk bersarapan. Setelah puas berehat dan menikmati sarapan, kami meneruskan kayuhan ke Kg Kuala Muda dan meninjau galeri Tsunami yg terdapat di situ. Di situlah pernah berlaku bencana Tsunami yg turut melanda beberapa buah negara Asia dan di Afrika Selatan yg berpunca drp gempa bumi di Banda Aceh pd tahun 2004.

Setelah beberapa ketika berswafoto, kami pun meneruskan perjalanan balik melalui laluan yg sama, kembali ke KMPP.

Saturday, July 2, 2016

Iftar@Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tinggal beberapa hari lagi..in sha Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah..kelmarin saya berkesempatan berbuka puasa bersama-sama mentee di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Walaupun baru kenal..namun bila dapat iftar bersama terasa ukhuwah yang dijalin makin mesra. Turut menyertai iftar 2 orang pelajar non-Muslim.

Menu utama ialah nasi Mendy ayam dan kambing disamping juadah lain. Mungkin ini pengalaman pertama bagi beberapa orang pelajar yang tidak pernah tinggal di asrama atau berjauhan drp ibu bapa.

Suatu kenangan baru yang tidak dapat dilupakan.

Related Posts with Thumbnails