Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Saturday, July 2, 2016

Iftar@Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tinggal beberapa hari lagi..in sha Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah..kelmarin saya berkesempatan berbuka puasa bersama-sama mentee di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Walaupun baru kenal..namun bila dapat iftar bersama terasa ukhuwah yang dijalin makin mesra. Turut menyertai iftar 2 orang pelajar non-Muslim.

Menu utama ialah nasi Mendy ayam dan kambing disamping juadah lain. Mungkin ini pengalaman pertama bagi beberapa orang pelajar yang tidak pernah tinggal di asrama atau berjauhan drp ibu bapa.

Suatu kenangan baru yang tidak dapat dilupakan.

Monday, June 29, 2015

Iftar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu lepas, saya berkesempatan berbuka puasa di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Suatu pengalaman berbuka yang mungkin berbeza daripada tempat lain.

Kawasan letak kenderaan
Menu berbukanya cukup ringkas tapi mengeyangkan. Setelah azan dilaungkan, kami menikmati hidangan buah tamar, akok, tembikai dan pisang beserta air oren.

Menu berbuka
Kemudian, selepas solat Maghrib para jemaah dihidangkan pula dengan nasi hujan panas berlaukkan kurma daging dan sambal. Cukup menyelerakan....

Menu selepas solat Maghrib
Alhamdulillah dan terima kasih kepada JK Masjid Muhammadi dan penyumbang program iftar tersebut.
Menunggu waktu berbuka

Jazakumullah khairan katsiran...

Suasana sebelum berbuka ketika makanan baru dihidang.
Teringin pula nak berbuka di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok. Suasana yang sedikit berbeza daripada di Masjid Muhammadi. Namun apakan daya kekangan masa yang dihujung minggu, tidak memungkinkan saya untuk turut serta beriftar di Laguna Merbok.



Monday, July 29, 2013

Majlis Iftar bersama Pengarah Bahagian Matrikulasi.

Meja VIP
Suasana di dalam Dewan Ibnu Bajjah.
Saya bersama rakan-rakan pensyarah.

Dr Sariah bersama pegawai-pegawai Bahagian Matrikulasi, Pengarah dan pensyarah-pensyarah KMTK 

Dr Sariah bersama-sama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KMTK. 
Saya bersama JPP.
Related Posts with Thumbnails