Monday, December 31, 2018

MEMORI 2018

KEPALA BATAS,  21 Dis 2018 - Annur Committee (ANC) dengan kerjasama Pusat Islam Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) telah menganjurkan program Minggu Evolusi Minda Optimis Remaja Islam(MEMORI) bermula daripada 8 hingga 16 Disember 2018. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan adab-adab yang baik dalam kalangan pelajar secara khususnya dan seluruh warga kolej umumnya di samping membina biah solehah di bumi KMPP. 'Cribado Modales' digunakan sebagai tema MEMORI kali ini.

Program MEMORI 2018 diketuai oleh saudara Mahdil Amin sebagai Pengarah Projek dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang amat bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Selain itu, pensyarah-pensyarah daripada Pusat Islam KMPP bertindak sebagai fasilitator. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program seperti permainan, ekspo, pameran, Ambang MEMORI bersama Fitri Haris, Ikon Remaja Islam, Forum Perdana, RI Special dan sebagainya. Majlis pembukaan MEMORI telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tn Haji Rozaini Bin Ahmad. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga kolej sepanjang aktiviti berlangsung. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

*Artikel ini turut disiarkan di laman web rasmi kmpp.

2 comments:

dear anies said...

wahh mcm2 yg berlaku ya...


selamat tahun baru 2019

Shaiful Zaidi said...

terima kasih...
Happy New Year 2019

Related Posts with Thumbnails