Monday, June 22, 2015

Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Assalamualaikum dan salam Ramadan


Alhamdulillah...hari ini hari ke-5 kita berpuasa. Pada hari Jumaat, baru-baru ini saya berkesempatan meninjau Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Bazar Ramadan di situ antara bazar yang termeriah saya lihat. Ramai peniaga menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Pengunjung pun ramai sehinggakan nak berjalan pun agak sesak.

Bazar Ramadan ini dimeriahkan lagi dengan program Ihya' Ramadan yang dijalankan oleh pihak berwajib. Program ini dikenali sebagai Madinah Ramadhan.

Menurut laman web http://www.ihyaramadhan.net/ 

Program Madinah  Ramadhan 1436H/2015M Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1436H / 16 Jun 2015) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1436H / 16 Julai 2015) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Surau untuk solat Tarawih

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah:-
  1. Solat terawih berjemaah
  2. Berbuka puasa dan bersahur
  3. Penyampaian sumbangan fakir miskin
  4. Tazkirah dan bicara keilmuan
  5. Relay bacaan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, munajat dan bacaan Yasin
  6. Sepetang di ambang iftar
  7. Mubarak cafe dan bazar Al-Rahman

Akok

Ikan Pekasam

Pengunjung sedang membeli-belah


Kambing golek

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

tingat memori membeli juadah kt sini..plg diingati kuih akok dan nasi kerabu yg mabeles!!

ANIM said...

dah berpeluang berbuka puasa di masjid laguna belum..

Shaiful Zaidi said...

@Blogger Khai♥Rin : anies
memori terindah memang sentiasa diingati....tak nak bertugas semula di KB ke?

Shaiful Zaidi said...

@Blogger ANIM
Belum sempat lg cikgu...balik Laguna pun kejap jer...

Related Posts with Thumbnails