Tuesday, June 14, 2011

Bekas PM Britain Baca Al-Quran Setiap Hari.

Tony Blair

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi
Sumber: Kosmo online

SZ: Moga beliau mendapat hidayah Allah.


4 comments:

MaMa AiNi said...

bagusnya bekas PM Britain ni..membaca Al-Quran setiap hari..sayangnya dia bukan ..eh bila dia nak memeluk islam seperti adik iparnya?..he 2x..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
Moga-moga dengan 'membaca' al-Quran, beliau akan menemui kebenaran...

Anim said...

sya pernah mdgr ceramah seorang pendakwah mualaf. menurutnya, org bukan islam yg timbul keinginan mengenal Islam, Allah SWT & Rasulullah SAW..insya-Allah akan diberikah hidayah oleh Allah SWT. Siapa tahu...dgn izin Allah, Tony Blair akan memeluk Islam..mudah2an

Shaiful Zaidi said...

@Anim
InsyaAllah..mudah-mudahan.

Related Posts with Thumbnails