Sunday, June 5, 2011

Bayi Maut Tersedak Susu Soya.


ZULAZMI memangku mayat anaknya keluar dari bilik mayat di PPUM, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu soya pada saluran pernafasan ketika berada di rumah pengasuhnya di Kerinchi di sini kelmarin.
Rania Batrisya Zulazmi disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan hospital berkenaan, kematian Rania adalah disebabkan oleh saluran pernafasannya tersekat dengan susu tersebut.
Rania dibawa ke PPUM oleh pengasuhnya, seorang wanita berusia 60 tahun kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin selepas mendapati bayi itu berada dalam keadaan lemah dengan tangan dan kakinya sejuk.
Bayi malang itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.
Difahamkan, anak tunggal kepada pasangan Radiana Rais, 37, dan Zulazmi Jamaludin, 41, itu diberi sejenis susu soya tetapi makanan itu tersekat pada saluran pernafasannya disyaki semasa bayi itu tidur.
Nenek mangsa, Ramlah Baba, 63, ketika ditemui di rumah mayat PPUM memberitahu, dia terkejut dengan kejadian menimpa cucunya yang sebelum ini disifatkan sebagai penyeri keluarga.
“Walaupun Rania (Batrisya) baru berusia enam bulan, dia nampak pintar dan pandai mengambil hati.

Sumber: Kosmo online
SZ: Kejadian yang hampir sama pernah berlaku pada keluarga abang ipar saya. Setelah 5 tahun berkahwin, baru dia dikurniakan anak. Namun, anaknya telah meninggal di dalam buaian di rumah pengasuhnya dipercayai tersedak susu. Ia meninggalkan trauma yang amat mendalam kepada mereka. Alhamdulillah.....selang beberapa tahun kemudian, dia dikurniakan seorang lagi anak.

6 comments:

Niena Muhammad said...

innalillah, syurga dh tentua buat dia.. tp kesian kt mak ayah dia, moga mereka tabah, mst diorg sedih sbb ank tunggal kan.. erm.. mga Allah kuatkan hati mereka sekeluarga..

Shaiful Zaidi said...

@shopping2u
ya..tinggal anak lelaki tunggal. yg meninggal dulu girl..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Shaiful..
dari air muka bapak bayi itu sudah jelas menampak kan kesdihan nyer..mama pun tumpang sedih membaca artikel ni :( Semoga anak itu ditempatkan bersama org2 yg beriman..Allah lebih sayangkan nyer...

mama aini said...

assalam en.Shaiful..al-fatihah- buat keluarga yg terlibat semuga tabah menghadapi dugaan dari Allah..kebelakangan ini banyak sangat kejadian melibatkan kematian kanak2 dirumah pengasuh mereka ye!!!..bandar springhill di PD (negeri sembilan)..

Shaiful Zaidi said...

@Mama Hawa/Mama Nani
Salam Mama...saya turut bersimpati dgn keluarga arwah..moga mereka byk2 bersabar.

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
Salam Kak Aini...
ye la...byk betul kejadian...kanak2 hilang, kena dera la, cuai jaga kanak2 la...mcm2 la.
Springhill kat negori...Ye ke...ingatkan kat oversea...hehehe.

Related Posts with Thumbnails