Sunday, June 5, 2011

Sesaknya jalan.....kenduri punya pasai kut...

Assalamualaikum dan selamat malam..
 Malam ni...entri pasai traffic jam semalam.

Dah lama tak tersangkut dalam traffic jam...Dulu, kalau kat K.L, boleh kata hari-hari sangkut.
Semalam 4 Jun 2011, cuti umum sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia juga bertembung dengan cuti sekolah. Maka, banyaklah kenduri kahwin diadakan semalam.

Semalam saya ke Bandar Darul Aman, Jitra. Sebelum itu, saya singgah di kampung untuk mengambil abah dan mama di Kota Sarang Semut(KSS). Tak sangka pulak, saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang agak luar biasa berhampiran Plaza Tol Pendang. Silap saya jugak..tak top up Touch n Go lebih awal.

Dah dekat tol..baru sempat ambil foto...Sesak kat Plaza Tol Pendang.

Tengoklah...kat belakang pun panjang barisan.

Sempat melayan pandangan ke Gunung Jerai

Ada jugak yang 'potong line'..tak reti ka?
 Dari KSS, saya ke Bandar Darul Aman melalui Plaza Tol AS Selatan..
sekali lagi tersangkut kat Plaza Tol Hutan Kampung..tapi kali ni tak sempat nak snap foto.

dipendekkan cerita..
Akhirnya saya dan keluarga sampai kat rumah kenduri..
Tuan rumah, Abg Azlan bersama abgnya Dato' Wira Hj Hashim Mat Noor.

8 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

jem kenduri...sakan ni.hehe

Shaiful Zaidi said...

@ Mohamadazhan hjDesa
byk kenduri 4 Jun... jem dgn rombongan pengantin...hehehe

Dya said...

kelmarin dulu pon p kedah ,,,memang jem atas highway....malam siang sesak2,,,,tambah2 bila sampai kt tol,,tgu la sejam ...

Shaiful Zaidi said...

@ Dya
Betui3x...

MaMa AiNi said...

semlm..akak ke PD..blknya jamm ada accident..ari ni jln ok..n ke PD lagi pagi ni..ada kerja sikit..macam ni lah keadaan masa cuti sekolah kan..best kan cuti2 ni dpt mkn nasi pengantin..he 2x..

bobhandburry said...

Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
Salam kak Aini...saya baru 3 kali pi PD. Ada sepupu tinggal kat sana.. Saya pernah salah masuk jln...coz kat highway tu ada sign yg mengelirukan ke PD -ke Teluk Kemang...yg tulis PD tu sebenarnya kena turun highway ikut jln lama....sepatutnya saya ikut Tlk Kmg..boleh sampai PD dgn lebih cpt...

Shaiful Zaidi said...

@bobhandburry
terima kasih saudara..InsyaAllah saya akan kunjung ke sana..

Related Posts with Thumbnails