Monday, May 9, 2011

Ohh! Rokok.


336 perokok remaja dikompaun

09/05/2011 1:43pm

KUALA LUMPUR - Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.
Katanya, seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500.
Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr. Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
Sumber: Kosmo online

SZ:Walaupun pelbagai kempen dijalankan, namun ia kurang berkesan untuk mendidik golongan remaja supaya tidak merokok.

4 comments:

Anonymous said...

aduh, bila cakap pasal rokok, saya sendiri pun tak tahu dah nak cakap apa.. kadang-kadang, nak salahkan pelajar, tak boleh jugak...sebab mak & bapak diorang pun merokok jugak.jadi, macam mana tu yer?

Shaiful Zaidi said...

@srikandi cinta
bapak borek, anaknya rintik...hehehe.

RHI said...

Alhamdulillah....nasib baik suami tak merokok

Shaiful Zaidi said...

@yatie Awang..
Alhamdulillah...suami jd cth terbaik buat anak2 puan.

Related Posts with Thumbnails