Sunday, April 17, 2011

Rahsia Titanic Dibongkar.



LONDON - Jika seseorang penulis mengambil masa selama 25 tahun untuk menulis sebuah buku mengenai sesuatu peristiwa, pastinya pendedahan yang dilakukan juga mengejutkan, sama seperti tempoh itu. 

Dan buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. 

Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. 

Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. 

Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nahas itu yang berlaku di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 dan mengorbankan 1,500 orang. 

"Saya mula membaca mengenai Titanic semasa berumur tujuh tahun dan amat berharap buku ini akan memperbetulkan mitos mengenai sejarah hitam itu," katanya.

Sumber: Sinar Harian Online.

6 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum
saya baru tahu informasi tentang titanic, terimakasih infonya ya, salam ukwhuah sahabat.

Shaiful Zaidi said...

@Dunia Ibadah
Salam...
Sy sekadar berkongsi.
Blog anda pun banyak info yg menarik. Terima kasih kembali.

fendy said...

sungguh ke?
dalam movie dibuat dengan penuh kebaikkan tapi hakikatnya ada kisah hitam disebaliknya.

Shaiful Zaidi said...

@Fendy..
itulah dapatan kajian selama 25 tahun..
wallahualam...

Diari Si Froggie said...

dalam filem tu pun ada rasa nya menunjukkan bukti macam kajian nie..cuma tidak sekukuh maklumat pada buku nie.

Shaiful Zaidi said...

@Aida Omar
jalan cerita filem diadaptasi utk menarik perhatian audien. ia mungkin diubahsuai supaya sesuai dgn watak dan tema filem tersebut.

Related Posts with Thumbnails