Tuesday, October 26, 2010

Final Piala Malaysia 2010


Tahniah kepada Kelantan dan Negeri Sembilan yang sekali lagi layak ke perlawanan akhir pada tahun ini. Aku sedikit kecewa kerana pasukan Kedah telah kecundang kepada Kelantan pada perlawanan separuh akhir. Namun aku berharap pada masa depan Kedah akan layak ke final.


Masa zaman aku bersekolah dulu, aku memang banyak kali menonton perlawanan Kedah di Stadium Darul Aman. Dahulu, stadium sentiasa penuh.  Dahulu juga, aku sanggup mengecat tembok rumah dengan warna hijau dan kuning serta memasang bendera hijau kuning di rumah. Ini kerana aku amat meminati pasukan Kedah dan sentiasa mengikuti perkembangan pasukan. Kini, aku hanya sesekali, sekadar menonton di tv atau mengikuti perkembangan bola sepak di akhbar-akhbar. 

Kepada pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan, teruskan perjuangan anda. Kepada pasukan Kedah, perbaiki kelemahan anda. Kembalikan era kegemilangan pasukan Kenari.

2 comments:

::Budak Degil:: said...

penyokong bola kt negara kite ni tak same mcm omputeh..tau nak buat rusuhan je..

Shaiful Zaidi said...

ye ke...yang merusuh tu bukan penyokong biasa tp mereka terlalu fanatik. Pengurus pasukan dan pemain juga perlu tunjuk cth teladan. Jgn bergaduh di padang.

Related Posts with Thumbnails