Ini adalah gambar kenangan USM semasa aku menjadi exco Kumpulan Anak-anak Kedah USM (KAKUSMA). Gambar ini diambil selepas kami selesai bermesyuarat di USM dan berkunjung ke Pantai Seagate untuk menjamu selera. Dahulu, aku memang aktif dengan KAKUSMA. Aku pernah menjadi Pengarah Projek lawatan ke Universiti Malaya untuk bertemu anak-anak Kedah di sana yang bernaung di bawah PERMADAH.
Selain itu, semasa KAKUSMA dipimpin oleh kami, kami telah menganjurkan program Baktisiswa di Kg. KEDA Teluk Teduri, Baling, Kedah, membuka gerai menjual makanan dan minuman semasa Pesta Konvokesyen, Majlis Makan Malam Anak-anak Kedah dan banyak lagi aktiviti lain.
Kini, KAKUSMA dipimpin oleh mahasiswa/mahasiswi generasi baru. Aku berharap KAKUSMA terus menjadi wadah untuk anak-anak Kedah mengasah bakat kepimpinan dan meneruskan aktiviti yang memberi faedah kepada mahasiswa/mahasiswi Kedah serta memberi sumbangan bermakna kepada USM.
2 comments:
best!(^,^)
Memang best kenangan2 dulu...Tp masa yg berlalu terus berlalu.
Post a Comment