Tuesday, October 26, 2010

E-Banking

E-banking merupakan satu mekanisme yang memudahkan transaksi kewangan pada masa kini. Kita tidak perlu ada tunai di tangan tetapi tunai di akaun simpanan atau boleh dikredit daripada 'kad hutang'. Aku memang suka menggunakan perkhidmatan e-banking seperti maybank2u.com dan cimbclicks untuk menjelaskan segala jenis bil dan pemindahan wang. Tak perlulah lagi aku beratur/menunggu di kaunter-kaunter pejabat pos atau bank  untuk menyelesaikan segala transaksi kewangan. Kini, segala-segalanya di hujung jari. Dengan sekali tekan, satu transaksi telah selesai. Bagaimana dengan anda, suka atau tidak menggunakan e-banking?

No comments:

Related Posts with Thumbnails