Tuesday, August 24, 2010

Mercun


Baru dua minggu kita berpuasa, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak secara tragis di Kuala Terengganu yang dipercayai berpunca daripada mercun. Khairil Arif, berusia enam tahun ditemui tersangkut di atas pokok dalam keadaan yang amat mengerikan setelah stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga meletup.Dua lagi yang cedera dalam kejadian letupan itu ialah Mohd. Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29. Kedua-duanya dipercayai rakan kepada bapa kanak-kanak berkenaan. Semalam, bapa kanak-kanak malang tersebut telah ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Kes kedua berlaku di Pokok Sena, Kedah yang mana seorang pelajar Tahun Dua cedera parah di tapak tangan kanan dan hampir putus dua jarinya apabila mengutip mercun bola yang dicampak oleh rakannya tiba-tiba meletup. Kini, pelajar terbabit sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kes ketiga pula berlaku di Kota Baharu, Kelantan yang mana seorang pelajar Tahun Dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola yang ditemuinya meletup. Mangsa dan adiknya cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam api yang telah dibakar dengan kertas menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.

Ketiga-tiga kejadian ini perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada kita supaya tidak membeli, tidak membakar dan tidak membiarkan anak-anak kita, saudara mara kita, atau jiran-jiran kita bermain mercun. Keseronokan bermain mercun hanya sedikit berbanding kesan buruk yang disebabkan oleh mercun.

Hari Raya tetap meriah tanpa mercun. Mercun mungkin punca kita bersedih pada hari lebaran nanti. Sama-samalah kita ambil pengajaran.

4 comments:

aibaks said...

uih..jgn la men mercun ye..byk giler da kejadian cedera parah akibat mercun..tapi nape la tak amik iktibar..wallahualam..

Shaiful Zaidi said...

aibaks:betui 3x...

hentakbelipat said...

dulu main mercun xde la bnyak kes mcm skarang ni..lgpun dlu mercun xbahay sgt kot..skarang dah rupe bom pun ade..

Shaiful Zaidi said...

hentaklipat: dulu mungkin ibubapa lebih prihatin terhadap anak2. Skg anak2 main mercun tanpa pengawasan...

Related Posts with Thumbnails