Thursday, July 29, 2010

Halimah Jongang


Pagi tadi aku terbaca senarai salah seorang qariah yang menyertai tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini, satu nama yang cukup unik iaitu Ha Li Mah, peserta dari Vietnam. Namanya seolah-olah nama orang Cina di Malaysia, tapi kalau orang Melayu namanya Halimah. Halimah bermaksud lemah lembut, penyantun, penyabar dan berakal.

Lantas aku teringat drama bersiri yang cukup popular 'Halimah Jongang'. Walaupun aku tidak menonton sepenuhnya cerita yang disiarkan di siaran Astro 105 ini, kadang-kadang aku tertonton drama ini. Jalan ceritanya cukup santai dan menarik. Ada banyak pengajaran yang boleh kita dapati daripada drama ini walaupun memang ada pro dan kontranya.

Aku teringat satu insiden pergaduhan kecil antara pelajar berpunca daripada gelaran 'jongang' ini. Walau bagaimanapun pergaduhan ini dapat diselesaikan dengan baik dan kedua-dua pelajar ini saling menyesali apa yang telah berlaku.

Aku rasa sepatutnya nama Halimah dalam drama 'Halimah Jongang' itu digantikan dengan nama lain yang lebih umum yang tidak menyamai nama Halimah kerana ramai juga kawan-kawan aku bernama Halimah. Kesian kat depa....

No comments:

Related Posts with Thumbnails