Khutbah Jumaat hari menjelaskan tentang perbezaan antara REALITI dan ILUSI. Khatib di Surau Andalusia Bandar Laguna Merbok mengingatkan agar semua jemaah menjadi Muslim yang Realiti dan bukannya Ilusi.
Khatib menceitakan tentang kisah realiti dan ilusi yang mana pada masa lalu apabila seorang pemimpin yang tersohor meninggal dunia, rakyatnya membina satu patung besar menyerupai pemimpin tersebut. Pada suatu hari, seekor burung yang kecil hinggap di atas patung itu dan membuang najis, lalu terkena hidung patung yang menyerupai pemimpin tersebut. Namun patung itu tidak dapat berbuat apa-apa.
Ulama terdahulu menganalogikan bahawa ilusi tidak dapat mengatasi yang realiti, walaupun realiti tersebut terlalu kecil berbanding ilusi. Dalam kes ini burung kecil adalah realiti, manakala patung itu adalah ilusi. Walaupun dihina sebegitu rupa, ilusi tetap tidak boleh mengatasi yang realiti.
Akhir khutbah, khatib mengingatkan agar kita mendidik anak-anak menjadi Muslim yang realiti, bukannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
*sekadar berkongsi ilmu.
No comments:
Post a Comment