Friday, June 25, 2010

Jambatan Bengkok


Minta maaf...entri ini bukan pasal Jambatan Bengkok yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura tetapi di tempat lain. Para pengguna jalan raya yang melalui Jalan Alor Setar-Sg. Petani, kini terpaksa melalui 'Jambatan Bengkok' yang menghubungkan antara pekan Bedong dengan pekan Sg. Lalang. 'Jambatan Bengkok' ini adalah laluan sementara yang dibina bagi membolehkan pembinaan jambatan baru dilaksanakan.

Justeru itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati apabila melaluinya kerana jalannya tidak berapa elok dan berlubang. Sabarlah apabila berlakunya kesesakan pada waktu puncak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails