Thursday, April 15, 2010

Budaya Membaca

Gambar Hiasan: Dato' Siti Norhaliza dan Dato' Khalid sedang membaca di Pusat Sumber Dato' K, SMK Pekula Jaya.

Para pembaca blog sekalian, budaya membaca merupakan budaya yang baik dan perlu dipupuk semenjak kecil lagi. Dengan membaca, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefahaman tentang sesuatu perkara.

Membaca boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Bagi pelajar, membaca merupakan suatu proses yang sangat penting untuk menguasai ilmu selari dengan konsep "Membaca Jambatan Ilmu".

Walau bagaimanapun, masyarakat kita pada hari ini masih kurang membaca. Justeru itu, ramai yang tidak mengetahui perkembangan semasa dan tidak peka dengan perkembangan ilmu.
Walaupun banyak kempen supaya masyarakat menjadikan membaca satu budaya, namun ia masih kurang mendapat sambutan. Sepatutnya kita perlu membaca setiap hari walau sebaris ayat. Membaca amalan yang mulia.

3 comments:

Anonymous said...

Cantiknya siti.

Anonymous said...

sama padan.

Ace said...

teringat masa zaman sekolah dulu.. masa kempen membaca kena isi satu buku kena buat summary untuk setiap buku yang di baca...

Related Posts with Thumbnails