Tuesday, April 19, 2011

Perlis Dipilih Tuan Rumah Sukma 2014.


KUALA LUMPUR – Perlis buat julung kali dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 pada 2014, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada Isnin.
Beliau berkata pemilihan Perlis itu diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah mendapat gambaran tentang kemudahan sedia ada di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, pemilihan Perlis itu perlu dimaklumkan kepada Kabinet kerana melibatkan kos tambahan bagi menaiktaraf kemudahan sedia ada di negeri itu.
“Kos penganjuran Sukma di Perlis dijangka mencecah hampir RM150 juta,” kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.
Katanya pihaknya akan turut melihat alternatif untuk menggunakan venue di luar negeri itu seperti Pulau Langkawi yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bagi acara menembak dan pelayaran. – BERNAMA

2 comments:

berita sengsasi said...

byklah belanja yg kene dikuarkan sukma 2014 sebab kemudahan di perlis perlu diambil kira

Shaiful Zaidi said...

@berita sengsasi
mungkin utk beberapa acara boleh gunakan veneu di Kedah sebagai alternatif...

Related Posts with Thumbnails