Showing posts with label Batu 9. Show all posts
Showing posts with label Batu 9. Show all posts

Friday, September 30, 2022

Jom Wakaf Untuk Pembinaan Kompleks Masjid Buluh Lima, Batu 9, Kota Sarang Semut.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman... 

Jom menyumbang wakaf/infak untuk pembinaan Kompleks Masjid Buluh Lima yang baharu di kampung saya, iaitu Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.

Wednesday, October 15, 2014

Thursday, October 31, 2013

Al-Fatihah.


Kelihatan Rektor KUIN turut melawat arwah.

Hari ini seorang lagi orang kampung saya meninggal dunia. Kelmarin pun ada kematian. Cikgu Ali menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. InsyaAllah arwah akan di'simpan' pada pukul 4 petang nanti.

Sebentar tadi, saya berkesempatan melawat arwah. Semoga beliau ditempatkan besama-sama orang yang soleh.

Tuesday, October 30, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Saya baru Jer balik daripada ziarah kematian di kg. Jiran di kg meninggal dunia malam tadi akan di 'simpan' pada pukul 11 pg. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Friday, June 8, 2012

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga anda semua sihat dan ceria pada pagi Jumaat ini. Bagaimana cuaca di tempat anda?. Kat sini, kadang-kadang panas, kadang kala hujan. Hujan yang turun pulak lebat disertakan dengan angin kencang. 

Semalam, sekali lagi saya balik ke kampung menghadiri kenduri dan melawat sebuah rumah di kampung saya yang rosak teruk akibat ribut. Kesian kat tuan rumah...baru ja sampai dari Mekah, sudah diberi ujian sebegini. Apapun, alhamdulillah sukur, tiada yang cedera.






Wednesday, June 6, 2012

Musim Pelam Siam Di Kampung.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ni musim pelam Siam kat kat kampung saya. Memang banyak buah kali ni..siap boleh petik dengan jari. Tak perlu nak panjat.  

Teringat masa kecik-kecik dulu... kalau dengar buah pelam jatuh atas bumbung zink, kami semua terus serbu sebab nak dapatkan buah tu. Tapi...kini dah berubah. Buah pelam bertaburan atas tanah, masing-masing buat tak tau ja..




Thursday, February 23, 2012

Imam Masjid Buluh Lima Meninggal Dunia.

Assalamualaikum dan selamat malam

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Pak Teh Hj Mansor, Tn Imam Masjid Khariah Buluh Lima, Batu 9, Kota Sarang Semut yang telah meninggal petang tadi.

Saya telah ziarah jenazah Allahyarham petang tadi. InsyaAllah esok jenazah akan disembahyangkan pada pukul 11 pagi.

Allahyarham ketika mentahnik anak saudara saya suatu ketika dulu.

Thursday, November 17, 2011

Jom Turun Ke Bendang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, saya ingin membawa anda turun ke bendang belajar beberapa istilah yang biasanya digunakan di kampung saya. 

Anda juga akan melihat haiwan yang menjadi ancaman kepada para petani di sini iaitu siput gondang emas. Kalaulah siput ni benar-benar ada emas, kayalah para pesawah di sini....Tapi kasihan, para pesawah terpaksa menambah perbelanjaan untuk membeli racun bagi membunuh siput ini.

Related Posts with Thumbnails