Thursday, February 23, 2012

Imam Masjid Buluh Lima Meninggal Dunia.

Assalamualaikum dan selamat malam

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Pak Teh Hj Mansor, Tn Imam Masjid Khariah Buluh Lima, Batu 9, Kota Sarang Semut yang telah meninggal petang tadi.

Saya telah ziarah jenazah Allahyarham petang tadi. InsyaAllah esok jenazah akan disembahyangkan pada pukul 11 pagi.

Allahyarham ketika mentahnik anak saudara saya suatu ketika dulu.
Allahyarham merupakan seorang Imam yang amat disegani dan dihormati oleh orang kampung. Banyak jasanya pada orang kampung.

Tuan Imam mengiringi abah dan mama ke kereta sewaktu bertolak untuk menunaikan haji.

Secara peribadinya, Allahyarham adalah orang yang sangat rapat dengan keluarga saya. Teringat kembali, jasanya kepada saya membawa keluarga saya ke majlis konvokesyen saya di Pulau Pinang pada tahun 2000. Ketika itu, keluarga saya belum ada kereta. Allahyarham juga salah seorang saksi pernikahan saya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

----------------------------------- AL-FATIHAH -------------------------------------

3 comments:

Kazman / Sue said...

alfatihah dari kami sekeluarga... jasanya tetap dikenang untuk yg mengenalinya...

mama aini said...

Al-Fatihah..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

Umar_UNITE said...

Al-fatihah...datuk saudara saya ni..adik kepada nenek sy...sy pun x sempat melihat arwah buat kali terakhir kerana ada tugasan di melaka..Allahuakhbar...sama2 kita doakan semoga roh tok teh ditmptkan dlm kalangan org2 beriman...

Related Posts with Thumbnails