Monday, June 29, 2015

Iftar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu lepas, saya berkesempatan berbuka puasa di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Suatu pengalaman berbuka yang mungkin berbeza daripada tempat lain.

Kawasan letak kenderaan
Menu berbukanya cukup ringkas tapi mengeyangkan. Setelah azan dilaungkan, kami menikmati hidangan buah tamar, akok, tembikai dan pisang beserta air oren.

Menu berbuka
Kemudian, selepas solat Maghrib para jemaah dihidangkan pula dengan nasi hujan panas berlaukkan kurma daging dan sambal. Cukup menyelerakan....

Menu selepas solat Maghrib
Alhamdulillah dan terima kasih kepada JK Masjid Muhammadi dan penyumbang program iftar tersebut.
Menunggu waktu berbuka

Jazakumullah khairan katsiran...

Suasana sebelum berbuka ketika makanan baru dihidang.
Teringin pula nak berbuka di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok. Suasana yang sedikit berbeza daripada di Masjid Muhammadi. Namun apakan daya kekangan masa yang dihujung minggu, tidak memungkinkan saya untuk turut serta beriftar di Laguna Merbok.



2 comments:

dear anies said...

macam x ramai je en shaiful?

Shaiful Zaidi said...

Ramai....dekat masuk waktu Maghrib ramai yang duduk menghadap makanan..

Related Posts with Thumbnails