Sunday, June 28, 2015

Rakaman Projek Ngaji Astro Oasis di Masjid Ayesha.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan semua? Pada minggu lepas saya berkesempatan menyaksikan rakaman rancangan Projek Ngaji, Astro Oasis yang dirakam di Masjid Ayesha, Kok Lanas.

Hiasan dalaman Masjid Ayesha.
 Uniknya rakaman ini dibuat dengan menggunakan smartphone. Saya pun hairan, selalunya rakaman untuk siaran tv dibuat dengan menggunakan kamera video.
Rakaman Projek Ngaji sedang dijalankan
 Ramai juga pelajar-pelajar maahad tahfiz yang terlibat dalam program tadarus Al-Quran tersebut.

Tadarus Al-Quran
Menurut wakil Astro Oasis, in sha Allah rakaman rancangan Projek Ngaji ini akan disiarkan pada 12 Julai 2015.

Jom tambahkan pahala di bulan Ramadan yang mulia ini dengan bertadarus Al-Quran.

2 comments:

❤Kamsiah❤ said...

alhamdulillah...

ANIM said...

rakaman dengan smartphone>
Ist time tau nih..

Related Posts with Thumbnails