Tuesday, October 29, 2013

Samsung Galaxy S3 Retak Seribu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maaf kerana lama tidak bersua di ruang siber. Apa khabar rakan-rakan semua? Sebenarnya telefon Samsung Galaxy S3 saya yang kerapkali digunakan untuk membuat entri blog telah retak seribu. Telefon ini telah terjatuh dari ketinggian lebih satu meter dan tengoklah skrinnya, rosak teruk. 


Hanya petang semalam, saya berkesempatan untuk pergi ke Samsung Customer Service Center di Legenda Heights, Sg. Petani untuk menukar skrin yang baru. Kalau ikut rakan-rakan, depa suruh saya beli yang baru. Tapi saya sayang juga smartphone ni kerana ia banyak berjasa kepada saya.


Ini kali pertama saya ke Samsung Customer Service Center. Alhamdulillah baik juga layanan staf-stafnya. Tunggu kejap jer, dah sampai giliran. Namun....terbanglah duit saya....RM570 untuk gantian skrin baru. Tak sampai setengah jam dah siap S3 saya ditukar skrin.

S3 oh estriku.....

14 comments:

Khai♥Rin : anies said...

perrghhhh terbanggg $$$$
ayat last tu????? ;-)

Shaiful Zaidi said...

@Khai♥Rin : anies
huhuhu....nothing..

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam kenal....salam blogging.

Shaiful Zaidi said...

@Muhammad Khairuddin Lim

Assalam..Terima kasih.

ANIM said...

tahniahlah..saya ni adakala update gak dengan iphone5 saya tu tapi bila tengok balik, banyaknya typing mistake. agaknya kena tukar telefon skrin yang besar kan, hee:-))

p/s estriku..heee. no.2 ya?

Kazman / Sue said...

lagi lama guna lagi nostalgia tu....

che mid said...

Sanggup bayar mahal utk kekalkan fon tu.. kalau saya, biar tukar baru he he.

p/s : Di tempat En Shaiful ada ke buat family day? Boleh saya tawarkan diri.. call saya 013-3672459

Annie said...

salam..singgah ,jenguk

Shaiful Zaidi said...

@ANIM
salam cikgu..
masih setia pd yg satu...

Shaiful Zaidi said...

@ Kazman / Sue
betui tu...

Shaiful Zaidi said...

@che mid
InsyaAllah kalau ada yg memerlukan khidmat akak, saya akan bg no. phone tu. tq

Shaiful Zaidi said...

@ Annie
Terima kasih

Cikda said...

pada cikda selagi boleh guna, sayang nk tukar. lagi pun tak le cecah ribuan RM kan.. kalau nak tukar baru mesti la lagi kopak poket kan.. kan..kan.. :)

Shaiful Zaidi said...

betui cikda..

Related Posts with Thumbnails