Wednesday, October 30, 2013

Lawatan singkat di sekitar Kuala Perlis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi memenuhi permintaan saudara BM, hari ini saya buat entri tentang lawatan singkat ke beberapa lokasi di sekitar Kuala Perlis.

Tempat pertama yang saya pergi ialah Restoran Laksa Kak Su yang sangat popular di Perlis. Saya menikmati sepinggan laksa di sini dan membeli untuk dibawa balik ke rumah. Orang Perlis makan laksa ini bersama pulut udang.


Destinasi kedua ialah Masjid Al Hussain yang terletak berhampiran Jeti Kuala Perlis. Masjid terapung yang lengkap dengan wifi ini merupakan destinasi baru yang menjadi tarikan pelancong di Kuala Perlis. 


Destinasi ketiga ialah rumah sepupu saya di Sg. Berembang yang terletak beberapa km dari Kuala Perlis. Sepupu saya, Abang Leh mengusahakan perniagaan belacan madu. Belacan madunya terkenal sampai ke Singapura. Dah beberapa kali dia mendapat liputan TV dan surat khabar. Saya beli beberapa ketul belacan. Lepas tu sepupu saya bagi free beberapa ketul lagi.


Setakat ini sahaja catatan lawatan singkat di Perlis. Tak sempat nak pi Padang Besar dan beberapa destinasi lain. 

6 comments:

Kesuma Angsana said...

wah byk tempat2 menarik kat sini kan !

Shaiful Zaidi said...

mmg byk tempat menarik, tapi tak sempat pi semuanya..

ANIM said...

Belacan madu?. Apa beza dgn belacan biasa?
Laksa perlis lama tak makan..

Shaiful Zaidi said...

Rasanya lebih sedap berbanding belacan lain...kat S.P pun ada dijual..

che mid said...

Salam, pernah sampai ke sana.. memang sesak tempat tu.. seolah-olah semua orang luar akan cari tempat tu..

Shaiful Zaidi said...

@ che mid
maksud akak restoran laksa tu ke..?
mmg ramai org kat situ...

Related Posts with Thumbnails