Sunday, July 21, 2013

Pertemuan Dengan MB Kedah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

           Malam tadi, bertempat di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok berlangsung majlis berbuka puasa Y.A.B Menteri Besar Kedah bersama Imam-imam dan Guru-guru SPI/KAFA. Saya selaku jemaah masjid tersebut turut dijemput hadir ke majlis itu.

Malam tadi, saya bertemu untuk kali kedua dengan Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk DJ Dave. Kali pertama saya berjumpa mereka ialah lebih 10 tahun yang lalu iaitu ketika bertugas di Kuala Lumpur. Saya pernah bertemu dengan (Dato' Paduka) Mukhriz (Tun) Mahathir di sebuah surau di Ampang Jaya. Ketika itu, beliau masih belum bergiat aktif dalam politik. Datuk DJ Dave pulak saya jumpa di Masjid Al-Muhsinin,Taman Desa.

   Tak sangka pulak nak jumpa mereka untuk kali kedua.

7 comments:

Unknown said...

tak lama dpt la habuan ni bro hehe

ANIM said...

Wah, jumpa 4 mata ya. Oh ya, ada gambar MB kedah ni terpampang di papantanda simpang 4 area giant. Lebih segak dari ini, heee...

dear anies said...

Kwn sy beritau dia dtg jg ke sn smlm.. :-)

BinMuhammad said...

Kalau xkenallah MB Kedah tu...mesti ingat yang berdiri sebelah kanan tu (kiri MB) hehe...

Anonymous said...

amboi jad glemer sekejap ye hehehe!

krole said...

datuk DJ dave tu yang best huhu~

Amin A. R said...

Segak2 semuanya :)

Related Posts with Thumbnails