Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan2 semua? Sekejap jer dah masuk hari ke-18 kita berpuasa.
Malam tadi, saya dan family berkesempatan menikmati rojak Singkir @ Merbok yang cukup popular pada bulan puasa ini. Sebelum ini, saya hanya mendengar citer2 tentang kedai rojak ini. Ada yang beritahu bahawa bahawa ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh seperti dari Penang, semata-mata nak makan rojak ini.
Memang ramai pelanggan yang singgah di kedai rojak kampung ini. Kebetulan malam tadi saya lihat satu geng bikers singgah di situ. Selain itu, kebanyakan pelanggan lain masih pakai kain pelikat, maybe baru balik dari masjid. Ada juga pelanggan yang datang dgn family mcm saya.
Rojak merupakan hidangan utama. Bihun sup pun ada. Petua nak datang ke kedai rojak popular ni senang jer. Bila tiba di pekan Merbok, carilah Petronas. Tanya kpd staf stesen minyak tu. Nanti dia bagitau.
Apa pula yang popular kat tempat anda pada bulan Ramadhan ni?
7 comments:
mesti betul2 sedap sbb nampak begitu ramai pelanggan..
sedapnye dapat pekena rojak......
Memang sedap sungguh!...jika tidak masakan rojak pun boleh dijual dan dijadikan menu utama di malam hari.
buat terliur jer posa2 ni...
nampak sedap dan teringin nak cuba...bro bule pos kat krole tak? hahaha
salam. di kelate ni popular dgn make ccolek slps tarawih. ada ccolek buah, ccolek kerang, colek jemput2 malas, makanan laut celup tepung dll. tp abe blom berkesempatan nak makan collek sbb x de kwn yg nak ajak keluar..
Waa bestnya, jauh nak pergi merbok mi, kalau dekat ummi nak try juga.
Post a Comment