Friday, July 26, 2013

Kisah Cabaran Seorang Saudagar Kaya.

Di sebuah kota ada seorang saudagar yang sangat kaya. Dia memilik bebrapa buah kpal, gedung perniagaan dan tinggal di sebuah rumah agam. Saudagar ini hanya ada sorang puteri.

Setelah mencecah usia 50an saudgar ingin cari calon menantu kerana puterinya sudah brumur 23 tahun. Dia mahu bakal menantu seorang yang gagah & berani.  Lalu dia pun mbuat iklan. Lelaki yang ingin brkahwin dgn anaknya serta mendapat tawaran hadiah lumayan sila datang ke kdiaman pada hari raya ketiga.

Setelah tiba harinya berduyun-duyunlah lelaki datang dari serata daerah. Ada yg muda, dewasa dan tua. Ada teruna, duda & yang sudah kahwin. Yang bongkok pun teringin juga.

Semua lelaki yg dtg diarahkan oleh juruacara supaya berdiri di keliling sebuah kolam di hadapan rumah agam. Kolam yg luas berbrntuk sgiempat itu dipenuhi buaya. Semua lelaki yang datang itu dimaklumkan dalwm kolam itu ada 50 ekor buaya yg ganas. Masing-mssing rasa gementar. Sejurus kemudian saudagar muncul di pentas utama. Dia membuat pengumuman penting.

"Selamat datang kepada semua tuan-tuan yang gagah berani. Pads hari ini saya ingin mencari seorang lelaki yang gagah & berani. Sesiapa yang berani akan mendapat satu daripada 3 hadiah yang ditawarkan. Pertama kahwin dengsn anak aku. Kedua memiliki kapal dagang & ketiga gedung perniagaan. Syaratnya dia sanggup berenang merentas kolam dari seberang sana ke sini atau dr sini ke sana dgn selamat."

Semua diam tidak brani menyahut cabaran.
"Mengapa tak berani? Saya beri masa 10 minit untuk tuan-tuan menyahut cabaran ini."
Semua mata tertumpu ke arah muka jam besar yang dipasang di bumbung pentas. Masa terus berlalu. Tiada ada yang berani terjun ke kolam. Buaya-buaya mula timbul & membuka rahang. Masa tinggal 6, 5,4,3,2,1 minit tak ada juga yang berani.

Tiba-tiba terdengar bunyi air berkocak dengan kuat di dalam kolam. Rupa-rupa ada seorang lelaki terjun ke kolam. Dia berenang dengan pantas sekali. Kira-kra 10 buaya meluru ke arahnya. Semua tertumpu kepadanya dengan cemas & kagum. Seluar lelaki itu tertanggal disambar buaya. Nasib baik dia pakai spenda.

Dalam masa lima minit dia sampai ke tebing berhampiran pentas. Mata tertumpu ke arahnya dengan perasaan terpesona. Dia dihulurkan tuala utk menutup bahagian pinggang ke lutut. Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga. Dia menggetap bibir sambil menggenggam penumbuk. Matanya melilau mencari sesuatu. Dia dibawa ke pentas bertemu saudagar. Saudagar menghulurkn tangan dan berjabat tanda tahniah. Tetapi lelaki itu masih terpinga-pinga.

"Wahai pemuda, kamu sungguh berani. Katakan apa hadiah yang kamu mau, cakap!"
Pemuda itu diam juga. Matanya melilau macam mencari sesuatu.
"Cakaplah apa hadiah yang kamu hendak?" Desak saudagar.
Tiba-tiba pemuda itu mendengus.
"Saya tak mau hadiah....saya geram saya nak terajang, rimbuk muka sapa yang tolak saya tadi." Matanya terus melilau mencari org yg menolaknya jatuh ke kolam.
Saudagar melopong mendengar kata-kata pemuda itu.

Sumber; WhatsApp group

4 comments:

Kakzakie said...

Hahaha... dia tak tahu hujung-pangkal sebab tu tak mahu. kalau tak dialah yg jadi menantu saudagar.

Khai♥Rin : anies said...

hahahahahaha... adezzz

Amin A. R said...

Hhi yg penting dia dah lepas cabaran tu..hadiah pun dah menunggu.. :D

ANIM said...

last year saya ada publish entry ni...heee

Related Posts with Thumbnails