Thursday, October 18, 2012

Khasiat Buah-Buahan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Anda dah sarapan ke? Kalau belum mungkin buah-buahan boleh menjadi salah satu snek wajib hari ni. Berikut saya kongsikan khasiat beberapa jenis buah-buahan.

Pisang, betik dan tembikai kaya pelbagai vitamin untuk kesihatan

Buah adalah sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. Serat misalnya, dapat mengurangkan masalah sembelit manakala vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit. Antioksidan pula melambatkan proses penuaan dan pelbagai khasiat. 

Betik, tembikai dan pisang adalah antara buah yang senang didapati dan paling penting, ketiga-tiganya ada kebaikan tersendiri. 

Betik

Betik mempunyai khasiat tersendiri. Antaranya ia kaya Vitamin A, kalsium dan mengandungi kandungan enzim papain untuk memecahkan protein serta digunakan bagi melembutkan daging. Betik juga memudahkan penghadaman.

Betik mengandungi kalium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C mengandungi serat tinggi. Cukup sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

Tembikai 
Mengandungi kadar kalori sangat rendah. Kaya dengan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. 

Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi tubuh dan dapat memerangi sebarang jangkitan penyakit. Dapat meredakan simptom osteoartris, selain kaya bahan anti oksidan yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Makan tembikai turut dikatakan, dapat mengatasi masalah penglihatan tidak jelas pada waktu malam.

Pisang

Pisang boleh dimanfaatkan daripada kulit hingga kepada isinya. Kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasa enak. Pisang mengandungi vitamin C dan ia bukan saja membantu sistem imunisasi, malah menggalakkan kulit sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutama bagi menegang, melembapkan kulit muka dan menjadikan wajah lebih berseri.

Pisang boleh buat anda gembira. Protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin sejenis bahan mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan ragam diri dan secara keseluruhannya membuatkan anda gembira. Jika rasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang sambil rasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.


Credit to: Berita Harian online

6 comments:

Kamsiah yusoff said...

suka mkn local fruits...tp dlm kuantiti yg sikit ja la...mcm nangka,durian,rambutan,dokong..kalau mkn ikut nafsu,perut dilanda tsunami pulak...

Anonymous said...

suka makn semua buah tempatan kecuali durian paling best mangga hehehe

Kazman / Sue said...

buah memang baik untuk kesihatan... anak2x pun suka... tak yah di suruh dia dah nak sendiri dah...

shuhadaothman said...

wasalam..

buah mmg feberet. hihi. buah mengkudu je x mkn. pahit :)

Kasih Salina said...

suka juga mkn buah tp pisang sy tak suka makan..haha..kek pisang plak suka makan..

mama aini said...

banyak khasiat buah2an tempatan kan..

Related Posts with Thumbnails