Monday, October 22, 2012

Datuk Siti Nurhaliza Ikon NILAM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi berkunjung ke SMK Pekula Jaya, Tikam Batu.  Kedatangan Siti kali ini adalah untuk menerima pelantikan sebagai ikon program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) sekolah ini.

Dengan pelantikan ini, bermakna Siti akan menjadi contoh untuk menyemarakkan amalan membaca di kalangan para pelajar. Selain itu, Datuk Siti juga akan memberi sumbangan kepada aktiviti Pusat Sumber Datuk Seri Khalid melalui Yayasan Nurjiwa.


Pengetua, Tn Hj Idris menyampaikan plak dan sijil kepada Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon NILAM SMK Pekula Jaya, Tikam Batu, Kedah.


Datuk Siti bersama-sama Pengetua dan barisan pengawas Pusat Sumber Datuk Seri Khalid yang telah diiktiraf sebagai Pusat Cemerlang (tempat ke-2) Peringkat Kebangsaan.
Datuk Siti dan DS K bersedia untuk menjamu selera.

Datuk Siti dan DS K beberapa tahun lepas.
SZ: Semoga minat membaca di kalangan para pelajar meningkat, sesuai dengan kehadiran Datuk Siti sebagai ikon NILAM.

Lagi foto di :http://instagram.com/p/REmjZpLQqf/

5 comments:

Kasih Salina said...

comelnya datuk siti..untung datuk K ye..mesti best dapat tgk siti live..haha..

Anonymous said...

lagi bersemangatlah ye

Dr K said...

Salam perkenalan..

Wah, dapat invite siti tu..hehehehe

mama aini said...

assalam en.shaiful..cantiknya dato` siti..ehem dia memang sesuai dijadikan ikon walaupun kaya & terkenal,tak sombong mcm sesetengah artis..mama peminat tok ti.. :)

Korn Ahmad said...

aku x pernah jumpa siti.. siti xnak jumpa aku ke eh?

Related Posts with Thumbnails