Sunday, July 22, 2012

Imbuhan Aidilfitri?


Najib Tun Razak ketawa besar mendengar cerita penerima bantuan cermin mata Abdul Manar Awang Mohd pada majlis Penyampaian Cek Durian Runtuh Felda Fasa Kedua Pekan – Foto Bernama


PEKAN - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

   
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
   
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.



BERITA LANJUT DI SINAR HARIAN ONLINE>>

3 comments:

Cik Misstree said...

Assalamualaikum;

Sudah banyak wang kerajaan yang dilaburkan dalam pelbagai program untuk memastikan BN kembali memenangi 2/3 kerusi di Parlimen dalam pilihanraya yang akan datang.
Kerajaan kena tengok dulu buku akaun, cukup atau tidak untuk memberi imbuhan kepada kakitangan perkhidmatan awam. Tahun2 sebelum ini kakitangan perkhidmatan awam diberikan imbuhan (paling kurang RM500) seolah-olah menjadikan hal ini sebagai tradisi kepada kerajaan, jika tidak dibagi imbuhan terasa janggal pula.

Zie said...

ada ker? huhu

mama aini said...

ehem..sekurang2nya dpt mengurangkan bebanan mereka..

Related Posts with Thumbnails