Showing posts with label CREDIT TO: SINAR HARIAN ONlINE. Show all posts
Showing posts with label CREDIT TO: SINAR HARIAN ONlINE. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

Siapa Dr Mohamed Morsi?

Mohammed Mursi

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.


Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.



Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.



Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.



Dakwah dan Politik



Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).



Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.



Penjara dan Penangkapan



Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.



Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.



Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Thursday, November 1, 2012

Gaji Sektor Awam Dikaji Semula Tahun Depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- Bernama

Monday, September 10, 2012

Kisah Abil-Fauziah.

Abil sentiasa menemani Fauziah.


SHAH ALAM - Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai "cinta murni sebenar."


Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang.



Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.



Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu.


SZ: Jom lawat dan follow blog WARKAH BUAT ISTERI. Anda juga boleh membantu mereka sekadar termampu.

Tuesday, August 7, 2012

Chong Wei: 'Olimpik 2016 mustahil bagi saya'.

Pemain badminton negara Lee Chong Wei bersama pingat perak selepas kecundang kepada pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley.


PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.


"Untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016  amat mustahil bagi saya.



"Tapi sekiranya fitness saya berada dalam keadaan baik dan stabil, saya akan cuba beraksi.



"Apa-apa pun, ia bergantung kepada tahap kecergasan kerana temasya Olimpik empat tahun lagi, umur saya sudah menjangkau 34 tahun," kata Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.

SZ: Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei.

Sunday, July 22, 2012

Imbuhan Aidilfitri?


Najib Tun Razak ketawa besar mendengar cerita penerima bantuan cermin mata Abdul Manar Awang Mohd pada majlis Penyampaian Cek Durian Runtuh Felda Fasa Kedua Pekan – Foto Bernama


PEKAN - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

   
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
   
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.



BERITA LANJUT DI SINAR HARIAN ONLINE>>
Related Posts with Thumbnails