Tuesday, December 6, 2011

Nicol Menakjubkan.



RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara apabila mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Perdana Menteri berkata, kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah sukan negara.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nicol,” katanya selepas menerima kunjungan pemain No. 1 dunia itu di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.
Turut hadir, ayah dan ibu Nicol, Desmond David dan Anne Marie David serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.
Najib berkata, beliau berharap kejayaan Nicol itu akan menjadi pendorong serta penguat semangat kepada atlet sukan bukan sahaja dalam arena skuasy tetapi juga sukan lain.
"Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau merupakan seorang ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah negara kita,” katanya.
“Diharapkan Nicol akan terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang, seterusnya meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk sukan negara terutamanya skuasy,” kata beliau.
Sementara itu, Nicol berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri semalam merupakan satu peluang yang amat bermakna buat diri dan kedua-dua ibu bapanya.
"Ia adalah satu penghormatan untuk saya dan keluarga untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia, terima kasih atas segala sokongan,” katanya.
Credit to: Kosmo online

6 comments:

che mid said...

Bukan senang nak jadi macam Nicol.. bukan sebarang anak boleh jadi macam tu.. dan bukan sebarang mak bapak boleh buat anak jadi macam tu..

Unknown said...

superb la dia !

mama aini said...

mama tumpang bangga dgn kejayaannya dlm sukan!!!..bertuah dia bila PM pun menghargai kebolihannya..

Shaiful Zaidi said...

@ che mid
betul 3x...payah nak cari mcm Nicol + mak bapak dia.

Shaiful Zaidi said...

@khairul
moga2 ada 'Nicol' dlm acara lain...

Shaiful Zaidi said...

@mama aini
seluruh rakyat Malaysia berbangga dgn kejayaannya..

Related Posts with Thumbnails