Wednesday, November 2, 2011

Buaya Pi Sekolah.



BESUT - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati seekor anak buaya terperangkap dalam bubu ikan yang dipasangnya di sebuah kolam berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dor dekat Jabi di sini kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu.


Penemuan anak buaya tersebut menggemparkan warga sekolah berkenaan memandangkan tidak pernah buaya tersesat ke kawasan sekolah itu.


Guru Penolong Kanan 1, SK Tok Dor, Ramli Zainal Abidin ketika dihubungi memberitahu, anak buaya jantan yang dijumpai itu bersaiz 43 sentimeter panjang dan dari jenis buaya tembaga.



Menurutnya, pada mulanya pengawal keselamatan tersebut menyangka ia seekor biawak yang cuba memakan ikan dalam bubunya tetapi apabila mengangkatnya mendapati ia seekor anak buaya.



“Anak buaya itu mempunyai corak badan berbintik hitam dan kuning,” katanya.



Ramli berkata, buaya itu dipercayai tersesat dari sebatang sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah itu susulan hujan lebat yang menyebabkan paras air sungai berkenaan meningkat.



Bagaimanapun, orang ramai hairan kerana lebih 20 tahun penduduk kampung berkenaan sudah tidak melihat kelibat buaya di sungai berkenaan.



Katanya, anak buaya itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Credit to: Sinar Harian

4 comments:

ANIM said...

buat iktibar buat bdk2 yg malas p sekolah, hihi..
buaya pun nak belajar

Shaiful Zaidi said...

@ Anim
pelajar-pelajar yg ponteng sek. ujung tahun ni kena belajar sesuatu drp boya ni...hehehe

dear anies said...

kalu sy jumpa mau pengsan!

mama aini said...

buaya pun dah pandai nak belajar..he2x..tapi murid2 skrg ramai yg suka ponteng sekolah..hu2x..

Related Posts with Thumbnails