Sunday, October 2, 2011

Ujrah PTPTN.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Last week, saya selesaikan urusan dokumen Ujrah pinjaman PTPTN. Dah 10 tahun bayar.....lum abis lagi..

Hari Khamis, saya mohon keluar awal untuk mematikan setem. Dek kesesakan lalu-lintas saya tiba  pukul 3.35 ptg di sebuah agensi kerajaan di Sg. Petani. Saya melihat beberapa orang pegawai masih berada di pejabat. (Waktu bekerja sampai kul 3.30 ptg sj Hari Khamis). 

Saya mohon untuk matikan setem. Namun saya disuruh untuk datang lain kali atau berurusan dengan agensi yang sama di Bukit Mertajam pada keesokan harinya kerana Kedah cuti hari Jumaat, atas alasan akaun telah ditutup. 

Tanpa banyak soalan saya pun terima kenyataan bahawa saya tak dapat uruskan Ujrah pada hari tersebut.

Eoknya saya ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, di Bertam yang jaraknya lebih kurang 30km dari rumah. Saya terkejut kerana nak matikan setem hanya perlu cop.....tak melibatkan apa-apa akaun.




Hairan-hairan...mengapa pegawai di agensi yang yang jumpa sebelum ni tak boleh nak buat...atas alasan akaun telah ditutup...


Pejabat Daerah dan Tanah SPU
Selepas cop...saya terus ke Pejabat Pos Bertam...terus pos dokumen yang telah disiapkan...


Pejabat Pos Bertam.
SZ: Susah sangat ke nak COP?


10 comments:

Pakjoe said...

susah zaidi sebab jabatan yang jaga stampad dah tutup, buku rekodnya disimpan.. jadi tak boleh la nak cop hari tu.. apa punya penyegan la depa ni.. hish...

mama aini said...

assalam en.shaiful..kerenah jabatan2 kerajaan ni dari dulu tak pernah berubah..selalu menyusahkan pengguna yg perlukan khidmat dia org !!...hu2x..

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

Salam tuan...kadang2 x perlukan cop pun cukup garis dua melintang dan tulis tarikh....yang penting duti stem dah kita bayar....entahlah...karenah2...

Shaiful Zaidi said...

@ Pakjoe
salam pak joe...
may b salah aku jugak pak joe...aku terlewat sikit..tapi kdg2 kena ada budi bicara...kalau waktu abis kerja punctual, masuk kerja pun kena punctual juga la...

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
salam mama...nak buat mcm mana mama, kita amat memerlukan khidmat mereka, terpaksalah follow. kalau tidak kita jugak yg susah...

Shaiful Zaidi said...

@ Tokan
salam tuan...ya ka boleh mcm tu..
teringat saya kpd lecture...Birokrasi-Max Weber

indah.com said...

memang macam tu lah kerenah depa bekerja. Semua peralatan pejabat tu mungkin disimpan awal dn malas nak keluarkan semula. Saya juga dah biasa terkena mcm tu

Shaiful Zaidi said...

@indah.com
salam... may b pengalaman yg sama turut dirasai oleh ramai lagi blogger/pembaca di luar sana...

moga delivery system diperkemaskan...

roha said...

biasa la lagunamerbok. depa ni byk kerja. keje mengecop ni agak sukar, mengambil masa yang panjang dan prosedur banyak. fuh memang mencabar keje diorang. kita perlu memahami mereka. sabar ye....

Shaiful Zaidi said...

@roha
thanks roha...sabar jer la...hehehe

Related Posts with Thumbnails