Monday, October 3, 2011

Pengalaman Di Labour Room.

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Tiba-tiba saja saya teringat pengalaman ketika berada di labour room HUKM pada tahun 2005 yang lalu. Ia pengalaman yang sungguh manis, dapat menyaksikan sendiri kelahiran zuriat oleh isteri tercinta. Ia menginsafkan saya. Memang besar pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anak. Memang erat hubungan antara anak dan ibu.

Anda pernah berada di labour room? Kalau anda belum kahwin, mungkin anda tak pernah, kecuali anda seorang doktor atau jururawat.


Jika anda seorang isteri yang sedang menunggu masa untuk melahirkan anak, bagaimana perasaan anda ketika itu?

Jika anda seorang suami yang sedang menanti kelahiran zuriat anda, bagaimana pula perasaan anda? ...mungkin ada di kalangan suami yang  tak berani masuk labour room....

SZ: Ketika ini adik saya sedang berada di labour room HSB, menunggu masa untuk melahirkan anak keduanya. Moga Allah mempermudahkan.

6 comments:

sofea fayyadh said...

Semoga selamat yer...
Adik yg mana? Naimah dah 3 org puteri kan?

Shaiful Zaidi said...

InsyaAllah...Adik Norfazilah..Ya, Naimah dah 3.

kpah k-poh said...

semuga selamat semuanya...Lucu pulak bila kenangkan saat suami akak masuk labour room..Dah anak ke 4 baru lah dpt masuk labour room sbb sblm tu kan suami tak dibenarkan masuk..
Dia siap menangis..anak kita dah lahir..anak kita dah lahir..( lepas tu..dia tak bagi akak mengandung sampai sudah..!!!)

Shaiful Zaidi said...

@kpah k-poh
alhamdulillah adik saya dah selamat bersalin anak lelaki...
hehehe....lucunya suami akak...

MaMa AiNi said...

assalam en.shaiful..en.hb mama tak masuk pun ke labour room tu..hu2x..mungkin dia takut kot?..he2x..selamat buat adik en.shaiful..amin..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
salam mama...
hb mama x dibenarkan masuk kut....hehehe.
sesetengah hospital hb x dibenarkan masuk dlm lbaour room...huhuhu

Related Posts with Thumbnails