Sunday, October 2, 2011

Risiko Letupan Kuat Dari Dapur.


TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.

KUALA LUMPUR - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.
"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.
Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.
Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.
Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.
"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.
Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.
Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus.
Credit to: Kosmo online

2 comments:

MaMa AiNi said...

bahaya rupanya dapur menggunakan gas..kat rumah2 biasanya gunakan gas ini...lps ni kena berhati2 bila meinggalkan rumah..tutup dulu saluran gas ini..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
Salam mama....
kita kena sentiasa periksa tong gas supaya ia selamat utk digunakan...
tukar tiub yg baru jika rosak...

Related Posts with Thumbnails