Saturday, August 27, 2011

Rendang@Serondeng Mama.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya balik kampung tolong mama kacau rendang.  

Saya ingin berkongsi resepi ini dengan anda semua...

Kalau nak masak dalam kuantiti kecil

BAHAN A:
 4 labu bawang besar, 2 tahil cabai kering, 3 batang serai, 10 inci halia, 10 inci lengkuas,sedikit asam jawa/keping,

BAHAN B
1 ekor ayam,3 biji kelapa (santan),  garam dan secukup rasa.

CARA MASAK
Blend cili kering bersama Bahan A di atas.
Hidupkan api.
Masukkan dalam kuali.
Masukkan ayam.
Masukkan santan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Panaskan dan kacau sehingga kering.

Tunggu la sampai 4 jam.....hehehe.

Resepi asal dari mama tapi telah diolah oleh En. Shaiful

Selamat mencuba...

Kalau nak resepi yang betul2 kena tanya pakar...Kak Yatie..

6 comments:

yatie Awang said...

rendang memang sedap lagi lagi makan dengan ketupat

MaMa AiNi said...

wah rajin en.shaiful kedapur ya..husband mama tahu makan je..he2x..dia tak pandai masak..

Shaiful Zaidi said...

@yatie Awang
mmg sedap...tp saya lebih suka makan dhn lemang...

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
sekali-sekala ja mama...balik kg tlg mama saya.

Yatie said...

Assalamualaikum En Shaiful,
uwaaa cepatnya balik kmpng, siap merendang lagi..terliur akak tngk tawww..tq berkongsi resepi...bila free nnti akak cuba resepi rendang istimewa ni..mmng sedap dan takde tolok bandingnya masakan ibu sendiri kan...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat En Shaiful sekeluarga...

Shaiful Zaidi said...

@Yatie
Salam Kak Yatie...
hehe...biasalah kak yatie, kg saya dekat jer, hari2 pun boleh balik..
ya resepi ibu sgt istimewa walaupun byk rendang/serondeng kat pasaran, tp x sama....Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin.

Related Posts with Thumbnails