Saturday, August 27, 2011

Al-Fatihah Buat Pak Teh Mat.


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya baru mendengar berita tentang kematian seorang saudara saya di kampung. Saya kenali beliau sebagai Pak Teh Mat. Arwah merupakan bekas pemandu kepada beberapa orang Yang di-Pertuan Agong terdahulu dan bapa saudara kepada bekas DJ popular Radio Alor Setar, Azmi Omar (AO). Arwah banyak berjasa kepada saya semasa hayatnya. Arwah pernah menghantar saya semasa melanjutkan pelajaran di Taiping. Arwah juga terlibat dalam urusan perkahwinan saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails