Saturday, August 20, 2011

Kuliah Mufti

Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad

Malam tadi, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad, Mufti Kedah telah menyampaikan ceramah di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok.

Ceramah beliau berkenaan Nuzul Quran.

Antara yang menarik...

"Al-Quran yang mulia diturunkan pada malam yang mulia (lailatul Qadar) oleh malaikat yang paling mulia (Jibril) kepada Nabi yang paling mulia (Nabi Muhammad S.A.W) untuk disampaikan kepada umat yang mulia."

Belia juga menjelaskan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan. Antaranya ialah Perang Badar, pembukaan kota Mekah, turunnya Al-Quran, Lailatul Qadar.....

Beribadat pada malam Qadar menyamai beribadat 1000 bulan (>83 tahun)..

Rebutlah peluang beribadah di 10 malam terakhir ini. Moga-moga kita akan bertemu dengan malam al-Qadar.


2 comments:

mama aini said...

banyk aktiviti kuliah ugama begini didlm bulan ramadhan..semuga ibadat kita diterima olh Allah..amin..

Shaiful Zaidi said...

@MaMa AiNi
mmg byk prog. sebegini khususnya di Laguna Merbok...
byk ilmu yg boleh kita dpt drp ceramah/kuliah/tazkirah...

Related Posts with Thumbnails