Monday, June 20, 2011

Adab Tidur Elak Mengigau.


SAYA pelajar institusi pengajian tinggi ada masalah sewaktu tidur. Hampir setiap malam saya mengigau hingga mengganggu rakan sebilik.Perkara itu sudah lama berlaku pada diri saya, bukan di asrama sahaja malah di rumah sendiri.

Saya sering ditegur kawan-kawan dan rasa sangat malu.


HAMBA Allah,

Selangor


MENGIGAU (sleeptalking atau somniloquy) dilihat sebagai ‘bercakap pada masa tidur, meracau (ketika sedang tidur)’: (Kamus Dewan 2005: 560).

Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan demam. Mengigau tidak berbahaya tetapi boleh membangunkan orang yang berhampiran dan kadang-kadang membawa kepada kejutan, kebimbangan dan sebagainya kepada orang yang mendengarnya (lihat, http://en.wikipedia.org/wiki/Somniloquy).

Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya (1) tidur awal dan mengambil wuduk, (2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud, (3) membaca doa sebelum tidur, (4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan, (5) tidur atas lambung sebelah kanan dan (6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau.

Sumber:Metro online

8 comments:

Amira Chan said...

nice tips. :)

Shaiful Zaidi said...

@ Amira Chan
Have a nice sleep...

MaMa AiNi said...

info yang menarik dan sesuai utk mereka yg sering mengigau sewaktu tidur!!!..Thanks, akak bila mkn coklat PPUM terus down je....tak sempat nak mengigau lagi..he2x..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
Salam akak...akak makan ubat yer..moga sentiasa sihat dan nyenyak tidur..he2x

syieda said...

gud info...

shaiful said...

@syieda
sama-sama beramal..

HIKMAH ZAKARIA said...

kalau susah tidur cana pulak??

Shaiful Zaidi said...

@ HIKMAH ZAKARIA
Tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.
Bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. Contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.
Jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.
Elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. Kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.
Carilah sebab untuk anda tidur. Elakkan tidur pada waktu petang. Seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.
Sumber:http://www.infomalaya.com/

Related Posts with Thumbnails