Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2010.


InsyaAllah, esok keputusan peperiksaan SPM 2010 akan diumumkan di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran. Menurut laporan akhbar,, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut, kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. 

Calon-calon SPM tahun lepas pastinya berdebar-debar menunggu masa untuk mendapatkan keputusan esok. 

Adakah keputusan SPM 2010 lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya? Esok.....segala-galanya akan terjawab.

SZ: Semoga anak didik saya yang mengambil SPM tahun lepas mendapat keputusan yang cemerlang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails