Monday, February 7, 2011

UFO di Sabak Bernam?


TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.
SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.
Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.
Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.
“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.
“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sumber: Kosmo online
SZ: Macam cahaya tanglung je....

4 comments:

perondajaketbiru74 said...

salam...satu lagi insiden UFO kat Asia ni selepas menara KL, Jogjakarta dan sabak bernam. Nampaknya UFO berminat ngn kawasan Asia Tenggara plk....

perondajaketbiru74 said...

http://perondajaketbiru74.blogspot.com/2011/01/ufo-mendarat-di-sawah-padi.html

Shaiful Zaidi said...

@perondajaketbiru74
bertuahlah org2 asia tenggara...
persoalan pokok, UFO tu satu mitos atau kebenaran?

anak malaysia said...

btol ke tu UFO...
ke pesawat pengintip AS yg nk intip negara kita...kan diorg dh banyak cipta pesawat pengintip tanpa pemandu...xmustahil...sebb banyak kejadian UFO sekarang ni

Related Posts with Thumbnails