Monday, February 28, 2011

Kebanjiran Bahan Lucah Di Internet.



Pornografi bukanlah sesuatu yang baru kini, kanak-kanak belasan tahun pun sudah tahu apa itu seks menerusi pelbagai cabang maklumat, sama ada melalui teknologi dari mesin cetak (foto dan gambar hidup) sehinggalah ke video, televisyen satelit dan internet. 

Dahulu, bahan lucah ini hanya disebarkan melalui pita video kemudian bertukar kepada cakera padat (VCD), yang mendorong berlakunya penyebaran cerita pornografi ini tersebar begitu cepat. 

Kemunculan internet, bahan pornografi pun semakin mudah diperoleh. Kesan daripada perkembangan teknologi maklumat (IT) masa kini, kebanjiran laman web lucah semakin cepat apabila video lucah boleh diakses menggunakan komputer dan telefon mudah alih. 

Kesan daripada penyebaran laman web tidak terkawal ini telah mendorong kepada kes-kes jenayah seks yang semakin menjadi-jadi bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, tetapi remaja yang tanpa segan silu membuka laman-laman ini dengan tiada perasaan bersalah sedetik pun, bahkan ada yang saling bertukar-tukar video menerusi Bluetooth sesama sendiri. 

Bahan lucah kini bukan sahaja tertumpu pada laman web yang memaparkan video-video terlarang dan 'panas', foto-foto yang mengghairahkan, tetapi juga blog-blog yang menyajikan cara baru menikmati kepuasan menerusi cerita-cerita yang mendorong ke arah seks. 

Blog seperti ini antara yang mudah dilayari tanpa sebarang sekatan. Malah, sudah terlalu banyak blog yang sama menjadi pilihan pembaca. Penulisannya pula mengalahkan penulis novel, mampu menulis dengan baik sehingga si pembaca mampu terangsang ketika membacanya. 

Kini, bahan lucah bukan sahaja tertumpu pada video dan gambar semata-mata, tetapi juga sebagai medium penting untuk menarik si pembaca menjadi 'pelanggan tetap' laman dan blognya. 

Mudah akses kepada laman-laman ini adalah antara faktor perkembangan pornografi dalam kalangan remaja, sungguh mudah hanya dengan menaip kata kunci laman yang diingini dalam enjin carian ratusan laman akan terus terpampang, tanpa perlu kata laluan untuk diakses, sebaliknya pembaca hanya perlu memilih mengikut minat masing-masing. 

Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang gejala seks bebas dan seterusnya mendorong kepada perbuatan keji seperti membuang bayi tidak berdosa. 

Ada yang mencadangkan agar laman-laman ini disekat untuk mengawal penyebaran bahan-bahan lucah secara berleluasa. 

Namun, agak sukar kerana laman-laman ini semakin hari semakin banyak sehingga agak sukar untuk dibendung. 

Masa kini, tidak susah untuk kita memperoleh satu produk bagi membantu menjaga aktiviti melayari internet anak-anak dalam pasaran. Hanya dengan membeli perisian antivirus pun sudah mampu membantu kita menjadi 'mata kedua'        anak-anak. 

Oleh itu, salah satu caranya, ibu bapa hanya perlu memantau aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak dalam perbuatan maksiat. Ia sebagai alternatif sendiri di rumah yang mampu menyekat anak-anak daripada menembusi laman lucah. 


Sumber: Sinar harian online

2 comments:

Piasara said...

Ohhh..satu perkara yg sangat2 menakutkan.
Zmn siber ni..tekan jer keluar mcm2.Semuanya di hujung jari jer..dlm hal ini ibu bapa kena main peranan...

Shaiful Zaidi said...

@Piasara
dunia maya tanpa sempadan... hanya iman dpt mengawal batasan.
Setuju dgn awak...ibu bapa perlu ambil peranan dlm menasihat dan membimbing anak2.

Related Posts with Thumbnails