Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah.


Esok, sesi persekolahan 2011 akan bermula. Bagi anak-anak yang mula bersekolah di sekolah rendah, ia akan mengalami pengalaman baru. Sama ada anak-anak ini gembira atau tidak, kita boleh lihat di sekolah-sekolah esok. Ibu bapa juga akan mula sibuk dengan karenah anak-anak mereka. Guru-guru juga akan mula bertugas setelah beberapa minggu bercuti.

Jalan-jalan raya juga akan mula sesak sejak awal pagi. Seluruh pelusuk negara akan mula sibuk esok. Setakat pengetahuan saya, mungkin inilah kali pertama pelajar-pelajar di seluruh Malaysia memulakan persekolahan pada hari yang sama. 

Kepada guru-guru, selamat kembali bertugas.


No comments:

Related Posts with Thumbnails