Wednesday, January 26, 2011

Facebook, Twitter Melekakan.


MASSACHUSETTS - Kajian mendapati laman sosial Facebook dan Twitter mampu membuat manusia cenderung mengasingkan diri daripada dunia nyata. 

Penyelidik Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), Sherry Turkle mendakwa, laman sosial itu mampu mendominasi kehidupan harian, membuat seseorang itu terpencil dan tidak bersikap seperti seorang manusia. 

Menurutnya, teknologi itu sebenarnya mengasingkan individu daripada berkomunikasi dengan manusia sesama manusia melalui alam maya adalah sesuatu yang buruk untuk dunia nyata. 

"Laman sosial ini memberi kesan kepada manusia, termasuk membuat seseorang itu gila dan memberi impak buruk kepada kelakuan mereka seperti dilakukan Simone Back, bulan lalu," katanya. 

Back, 42, seorang pekerja badan kebajikan Britain, dijumpai mati selepas mengambil ubat berlebihan dos akibat tertekan di rumahnya di Brighton, bulan lalu. 

Namun, penyokong Facebook dan Twitter menuntut media sosial memberi manfaat kepada kehidupan seharian, misalnya, mampu berkomunikasi dengan lebih baik untuk hubungan jarak jauh.

Sumber: Sinar Harian online

4 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
akak ada baca kes sorg ibu
yg leka ber fb..terlupa memberi bayinya makan..
sehingga si bayi meninggal..

Shaiful Zaidi said...

kesian kat bayi tu...

Sire Johhny Deep said...

sunyi... dalam alam nyata..
manusia sanggup duduk dan terus duduk hingga berjam2...
kita nie sebenarnya ada banyak ruang kosong yang kena bijak dibahagi2kan...

Shaiful Zaidi said...

@kulop ludin
memang benar pandangan anda..
kita kena bijak membahagikan masa..

Related Posts with Thumbnails