Thursday, December 23, 2010

Riba



Malam ini, bertempat di Surau Andalusia Bandar Laguna Merbok, Ustaz Mohd Hafiz Hj. Fauzi telah menyampaikan ceramah/kuliah Maghrib berkenaan Perbankan Islam. Beliau menfokuskan tentang riba. Memang menarik kuliah yang disampaikan dengan menggunakan persembahan multimedia. Di akhir kuliah, sebuah buku bertajuk Riba dan Pengharamannya terbitan Bank Muamalat telah diberikan secara percuma kepada jemaah yang hadir.

Saya ingin berkongsi sedikit info daripada buku tersebut.

Mengikut definisi Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, dari segi Syara', riba bermaksud " tambahan atau lebihan yang diperoleh oleh salah satu pihak yang lain tanpa mendapat imbalan yang wajar".

Jenis-jenis Riba:
1. Riba al-Buyu'
2. Riba al-Duyun

Akibat dan Kesan Riba:
1. Pengamal Riba sebenarnya diperangi Allah S.W.T dan RasulNya.
2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan.
3. Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
4. Lebih berat dari 36 kali berzina.
5. Salah satu dari tujuh dosa besar.


SZ: Maaf Ustaz...saya menyangka Us. Zaharudin, rupanya Us. Hafiz.

No comments:

Related Posts with Thumbnails