Wednesday, October 6, 2010

Di manakah Adik Sharlinie ?????


Pada bulan Januari 2008, negara digemparkan dengan berita kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar (ketika itu berusia 5 tahun) yang sedang bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 m dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Gerakan mencarinya dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara melibatkan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan orang ramai. Namun sehingga kini Sharlinie masih belum dijumpai. Di manakah adik Sharlinie? Sampai hati penculik tersebut memisahkan dia daripada keluarganya. Media massa pun sudah tidak melaporkan berita tentangnya. Mungkin untuk menenangkan hati keluarganya.

Justeru itu, awasilah anak-anak kita daripada menjadi mangsa penculik yang tidak berperikemanusiaan.

Persoalan yang masih belum terjawab : Di manakah Sharlinie?????

2 comments:

NARDtheNERD said...

dulu masa saya kecik2 kan cikgu.
ada satu budak cina tu hilang.
feymes gak kes ni.
sampai la xjumpa lagi.
huhu.
:)

Shaiful Zaidi said...

Nard: Kat Area Keramat ke?...
Rindu la dekat Pusat Tuisyen TUNAS. Apa citer skg? Lama cikgu x ke sana....

Related Posts with Thumbnails