Tuesday, October 5, 2010

Sukan Komanwel 2010


Sukan Komanwel merupakan temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali dengan pelbagai jenis sukan. Temasya ini sering diadakan secara besar-besaran dan melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.

Sukan Komanwel XIX, New Delhi 2010 yang sebelum ini penuh dengan kontroversi telah dirasmikan secara gilang-gemilang semalam. Malaysia telah memungut pingat emas yang pertama apabila Amirul Hamizan Ibrahim menjadi johan acara angkat berat 56 kg lelaki di Stadium Indira Ghandi semalam.

Mampukah atlet Malaysia memungut lebih banyak pingat pada kali ini? Kita doakan kejayaan mereka. Jangan pulang dengan tangan kosong. Kembalilah bersama pingat-pingat tak kira apa warna.....emas...perak.... atau gangsa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails