Saturday, October 23, 2010

3 PENAWAR HATI.

Salam......Suatu ketika sahabat karib Rasulullah Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Saudara berilah padaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwa aku yang gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makan ku tidak kenyang dan tidurku juga tidak lena." Mendengar itu, Ibnu Mas'ud membalas.."Sekiranya itu lah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi 3 tempat ini...Pertama:Tempat orang yang membaca Al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci..Kedua: Majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga: Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusuk dan tulus ikhlas." Demikian penawar hati gelisah, kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati yang resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap....Firman Allah, "Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."(Surah Al-A'raf ayat 200)

Renung-renungkan.Selamat beramal..

No comments:

Related Posts with Thumbnails